Sunday, 19 December 2021
Indonesia
Tahun 2016 saya bercuti ke Bandung (Bamdoeng), Indonesia . Trip ni dijalankan bersama keluarga jadi lebih senang kalau trip ni kami yang rancang itinerary nya.actually bukan saya lah. Saya ikut je kata penganjur. Ini merupakan rekod pertama saya naik kapal terbang, hehe
Jadi saya cerita sikit la apa yang saya rasa masa pertama kali naik kapal terbang tu. pengalaman pertama untuk saya nampak macam2 pintu gate.salah masuk gate rasanya saya dah naik flight lain nanti. Tapi kan Nak tanya, awak pernah rasa keliru tak masa isi form soalan first name , middle name dan last name masa booking ticket flight tu ?? Memandangkan kita orang melayu tak panggil last name( sbb kita panggil bin/binti je kan dan biasanya kalau orang kita, memang letak nur , siti, atau nurul kan. Dan seterusnya baru letak nama panggilan yang lebih variasi ..nak dijadikan cerita abang saya ada tertukar part susunan nama tu.Dan masa di lapangan,ditahan dan disoal sekejap adalah dalam 15 minit. Risau jugak kami sekeluarga sebab die yang uruskan segala persiapan a.k.a penganjur kami. Nasib baik dilepaskan juga akhirnya.
Sampai di Bandoeng keadaan agak berkabus, jadi kapal terbang kami mengambil masa agak lama untuk turun kerana mengambil kira faktor keselamatan, tapi yang seronoknya lapangan terbang di sini agak kecil dan tidak memerlukan jambatan untuk lintasan penumpang dari kapal masuk ke lapangan terbang. Kami turun keluar dengan tangga dengan hati- hati dan swafoto betul-betul berlatar belakangkan bahagian badan kapal terbang. Close-up.
Setibanya di Bandung, kami mencari plat kereta Pak supir ( panggilan Bahasa Indonesia bagi pemandu van ). Bagi saya mencari supir yang bagus sangat penting jika tidak mengambil pakej agen pelancong kerana hasil rekomendasi dari pak supir, pemanduan yang menyenangkan, ilmu sejarah dan latar belakang yang dikongsikan oleh pak supir memberi pengalaman yang bermakna.
Antara tempat menarik yang dikunjungi di Bandong ialah Floating Market, Taman Stroberi, Kampung Daun, Rumah Mode, Krang Kring Cafe,
dan beberapa mall untuk membeli tekstil local disini memandangkan kualiti, harganya dan kos upah sangat baik
Bila bercuti dengan ahli keluarga ni, cabarannya ialah keinginan setiap orang sangat opposite. Macam kakak suka singgah shopping, mak suka tempat bersejarah, adik suka tempat cantik untuk bergambar.saya? Saya tengok benda comel-comel, unik-unik dan artistik pun dah rasa gembira. Yang lelaki nak singgah tempat orang muda lepak-lepak maka sampailah kami kat Krang-Kring Cafe tu ada Mini Stage . Dan disitulah kami ikut serta contest jawab beberapa soalan yang gampang aja.banyak sangat hadiah best-best yang diorang kasi.kami 3 orang perempuan sangat seronok join contest tu.actually malu sangat like apa entah yang kita fikirkan masa naik pentas tu. confident level high betul.bila difikirkan semula. Hai masih tak hilang rasa segan tu.
Apa yang saya perhatikan pada masyarakat di Bandoeng dan mungkin juga seluruh Indonesia. Rakyatnya sentiasa inovatif untuk mencari rezeki. Yang masih saya ingat. semasa hujan , van berhenti di traffic light, ada yang mengambil upah mencuci kenderaan sementara traffic light bertukar merah. Ada juga yang mengambil upah mengalih kenderaan . Contohnya disini tapak parking kenderaan shopping mall disini sentiasa penuh, jadi mereka boleh menghadang parking kereta lain asalkan kenderaan mereka tidak dikunci brek tangan semasa mengunci kenderaan. Kenderaan akan ditolak sana sini oleh sang pengambil upah atas ehsannya mencari ruang parkir untuk kenderaan anda. Dengar katanya pemerintah tidak membenarkan pelancong atau sesiapa saja untuk memberi sedekah pada rakyat disini, adalah lebih baik memberi upah atas kerja keras yang mereka lakukan dan saya rasa idea ini sangat baik.
Itu saja ingin saya kongsikan pengalaman saya selama 4 hari 3 malam di Bandung , Indonesia
p/s: disini waktunya sejam awal. sesampai saja di bilik hotel saya terus menunaikan solat Asar kerana menyangka sudah lewat petang. Sesudah selesai saya lihat keluar tingkap agak hairan kerana langit masih cerah. Setelah itu baru saya faham. hehehe ( betul-betul x buat research sebelum bertolak)
Subscribe to:
Comments (Atom)